Monday, January 24, 2011

Bagaimana ke Mukah?

Kalau anda mahu ke Mukah, anda perlu menaiki kapal terbang (Air Asia atau MAS) dari Kuala Lumpur ) terus ke Kuching atau Sibu. Lebih mudah turun di Kuching. Kalau anda turun di Kuching, anda perlu menaiki kapal terbang Twin Otter MASWING dan terus ke Mukah. Jika anda turun di Sibu, anda perlu mendapatkan teksi untuk ke Stesen Bas Sibu dan ambil bas dari Sibu ke Mukah. Perjalanan akan jadi lebih singkat jika turun di Kuching dan naik Twin Otter MASWING ke Mukah tetapi flight ini kena tempah awal. Kalau tak tempah awal, melopong. Masa penerbangan KL-KUCHING dalam satu jam 45 minit, KL-SIBU 2 Jam. Biasanya geng-geng cikgu ramai akan  turun di Sibu jika balik daripada bercuti, macam saya boleh turun Sibu atau Kuching. Ikut selera.
Kalau naik bas dari Sibu, perjalanan akan ambil masa 3 jam ke Mukah. Tapi masa saya pertama kali pergi ke Mukah, saya ambil masa hampir 5 jam kerana jalan pada masa itu kurang baik. Sekarang jalan raya ke Mukah dari Sibu dah semakin baik.

5 comments:

  1. Saudara ada tak jadual bas dari sibu ke mukah tu??

    ReplyDelete
  2. Kalau saya mahu ke politeknik mukah. Apakah cara yg terbaik kalau saya dari KL?

    Perlukah saya terlebih dahulu menginap di hotel di Mukah?

    Tolong saudara!

    ReplyDelete
  3. naik kapal twin ke mukah dari kuching.yg kcik 15 org tu ka? bepa jak berat bole bawa masuk kapal?

    ReplyDelete
  4. Saudara Zari, kalau saudara baru pertama kali datang ke Mukah, saya syorkan sudara naik flight dari KL ke Kuching, pastu naik twin otter Maswings dari Kuching ke Mukah. Dari Airport Mukah ke Poli Mukah, x jauh. Kalau naik taxi dalam RM15. Cuma di Mukah ni, Teksi x byk. Di Airport pun rasanya xda teksi yang tunggu penumpang. Kena tanya nombor teksi kt staf Airport la.. Poli Mukah ada hotel sendiri, Dabai Inn namanya. Adalah lebih senang kalau sdra Zari menginap di sana saja, cuma di Dabai Inn tidak disediakan sarapan dan cafe. Kena dinner makan megi je la. Lagi satu, kalau nak tempah Dabai Inn, kena tempah masa office hour. Call Poli Mukah untuk tempahan.

    ReplyDelete
  5. Boleh saya tahu berapa ringgit kos yg diperlukan utk twinotter maswing dan juga bas..

    ReplyDelete