Monday, January 31, 2011

Mengajar darab kepada murid-murid yang berkategori PEMULIHAN.

Biasanya seseorang guru itu seharusnya sabar dalam mengajar murid-murid yang lemah pencapaian daripada murid-murid lain. Sekadar berkongsi kaedah mengajar, pertama kena sabar dan faham karenah dan tabiat murid-murid lemah ini. Untuk mengajar darab, kita kena mudahkan cara penyampaian dan jangan susun sangat bahasa macam buku. Gunakan bahasa yang mereka senang faham. Pendaraban memerlukan murid-murid menghafal sifir, jadi jangan suruh murid hafal sifir yang susah cuma sekadar sifir 1,2,3 cukup!. Bagi mereka mahir yang ringkas dahulu. Setelah mahir baru kita bagi latih tubi. Contoh soalan : 2x3=?, biasanya murid-murid lemah ni jawab 5 sebab tidak kenal simbol darab. Jadi Fahamkan mereka tentang konsep ini dahulu dalam bentuk sebutan 1..1,1 2..1,2(bahasa inggeris). Mungkin cara ini agak sukar. Baik, kita guna cara kedua yang biasa saya guna untuk sifir 1 hingga 4. Contohnya 2x3=....kita boleh tunjukkan murid begini. 2x3, kita tunjukkan mereka nombor 2 perlu ditulis sebanyak 3x, contohnya 2..2..2 kemudian tambahkan ketiga-tiga nombor 2 tersebut dan hasilnya 6 itu menjadi jawapan kepada soalan tadi. Sekadar catatan, banyak lagi kelemahannya.

Saturday, January 29, 2011

Tips Kaya 'Jangan Kurang Daripada 10 tapi tak lebih daripada 9'

Macamana tips tu? begini jika anda ingin membelanjakan wang, kalau boleh ikutlah cara seperti ini. Katakanlah anda ada RM 10. Jangan belanjakan lebih daripada RM 9 dan lebihan itu anda simpan untuk tabungan. Sebenarnya tips ini lebih mengesyorkan kita menabung.

Friday, January 28, 2011

Sepintas lalu..

Sesudah bermain badminton tadi, berehat sebentar di rumah sambil bermain poker (bukan main bertaruh). Itu sahaja penebus kebosanan di rumah. Sempat juga sebelum ke rumah, menjengah Pasar Malam di Pekan Oya. Setelah dua tahun di bertugas di sini, baru ada pasar malam. Jadilah, sekurang-kurangnya menjadi aktiviti rutin bagi penduduk Pekan Oya. Taklah sunyi sangat bila waktu malam. Alamak, tak sempat ambil gambar. Semacam rugi bila tak manfaatkan sepenuhnya kamera Nokia N8 untuk ambil gambar pasar malam tu. Tapi tak mengapa, esok masih ada. Pasar Malam Oya masih baru, belum banyak lagi gerai tapi bolehlah.

Thursday, January 27, 2011

Sekitar pemandangan di kawasan pekan kecil Oya, Sarawak


Pantai Oya, pemandangan tetap manarik walaupun air lautnya tak secantik mana tapi berada di sini boleh mententeramkan jiwa..

Monday, January 24, 2011

Bagaimana ke Mukah?

Kalau anda mahu ke Mukah, anda perlu menaiki kapal terbang (Air Asia atau MAS) dari Kuala Lumpur ) terus ke Kuching atau Sibu. Lebih mudah turun di Kuching. Kalau anda turun di Kuching, anda perlu menaiki kapal terbang Twin Otter MASWING dan terus ke Mukah. Jika anda turun di Sibu, anda perlu mendapatkan teksi untuk ke Stesen Bas Sibu dan ambil bas dari Sibu ke Mukah. Perjalanan akan jadi lebih singkat jika turun di Kuching dan naik Twin Otter MASWING ke Mukah tetapi flight ini kena tempah awal. Kalau tak tempah awal, melopong. Masa penerbangan KL-KUCHING dalam satu jam 45 minit, KL-SIBU 2 Jam. Biasanya geng-geng cikgu ramai akan  turun di Sibu jika balik daripada bercuti, macam saya boleh turun Sibu atau Kuching. Ikut selera.
Kalau naik bas dari Sibu, perjalanan akan ambil masa 3 jam ke Mukah. Tapi masa saya pertama kali pergi ke Mukah, saya ambil masa hampir 5 jam kerana jalan pada masa itu kurang baik. Sekarang jalan raya ke Mukah dari Sibu dah semakin baik.

Mahalnya tapi halal dan bersih.

Itulah senario  di tempat saya bertugas ini. Bagi saya inilah harga yang perlu kita bayar untuk makan asalkan halal, bersih dan suci (dah macam iklan Zaitun dulu2). Kos hidup yang meningkat lebih-lebih lagi jika harga barangan kepeluan asas meningkat membuatkan hidup kita lebih tertekan. Kecuali yang bergaji besar. Apa perlu kita berjimat dan pandai menguruskan wang. Belanja untuk yang perlu dan kita kena pandai membezakan keperluan dan kehendak. Seperti saya, tiket kapal terbang adalah keperluan kerana komitmen kepada keluarga. Biarpun mahal, saya tetap membelinya kerana mahu berbakti kepada orang tua dan keluarga. Bahagian Mukah semakin membangun. Jelas kelihatan deretan bangunan baru yang menempatkan kedai-kedai baru. Disamping Menara Pehin menjadi mercu tanda, Kompleks Pentadbiran sedang dibina untuk menempatkan jabatan-jabatan kerajaan menambahkan lagi gah Bahagian Mukah. Seronok saya lihat.

Saturday, January 22, 2011

Langkahan Pendekar..

melangkah laju, sambil menitip mantera kasih, sang pendekar melangkah laju menuju ke destinasi yang dituju. Menjejak sang puteri yang jauh tapi berbayang-bayang di mata membuat semangat pendekar kian membara kian teguh untuk mencapai matlamat yang tersemat di dada. Amanat guru digenggam kemas. Petua-petua langkahan menjadi amalan utama. Sang Puteri Purnama Ayu mesti diselamatkan biarpun nyawa menjadi gadaian. Amar bertekad untuk menyelesaikan amanat yang di tugaskan kepadanya. " Pantang pendekar berundur ", ayat gurunya itu bagaikan kata sakti penguat semangat.
Langkah Amar di atur kemas. Matanya terpejam sambil bibir menitip kata-kata mantera untuk menjejak secara sembunyi zahir di mana Sang Puteri Purnama Ayu disembunyikan. Bagaikan dibuka hijab, Amar melihat Sang Puteri Purnama Ayu terbujur kaku sambil dikawal rapi oleh makhluk yang berwajah bengis dan menakutkan. Pandangan yang hijab itu segera terhapus. Sedikit ilmu yang dipelajari daripada gurunya dapat dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah. Amar membuka mata lalu mengangkat tangannya seperti berdoa, membaca kalimat-kalimat yang memuji Yang Maha Esa untuk memohon pertolongan. Hanya Allah swt, Amar berdoa agar keselamatan Sang Puteri Purnama Ayu sentiasa terpelihara. Amar mula bergerak membelah kegelapan malam di hutan Bukit Berapit..